Bolehkan vksin menyebabkan aneurysm meletup?

KEDAH: Seorang remaja perempuan di Baling menerima benda itu pada 5 September 2021 dan meninggal 3 minggu kemudian.

"Siasatan mendapati dia menerima satu dos vksin pada 5 September lalu di PPV Dewan Tun Abdul Razak, Baling. Gadis itu mengadu sakit perut pada 19 September lalu dan diberi rawatan di Hospital Baling, namun selepas 20 hari iaitu pada 25 September, dia dibawa ke Hospital Baling kerana tidak sedarkan diri. Tahap kesihatannya cepat merudum dan kemudiannya disahkan meninggal dunia."

(Artikel: Gadis meninggal bukan sebab vksin - JKN Kedah, Berita Harian, 1 Oktober 2021)

"Hasil bedah siasat mendapati arwah meninggal dunia disebabkan ruptured thoracic aneurysm dan tiada kaitan dengan vksin C-19."

Pada awalnya, doktor memberitahu ibu arwah bahawa arwah berasa sakit perut sebab gastrik, tapi ibunya kata dia tidak pernah mengalami gastrik. Rupanya sakit perut itu adalah petanda aneurysm.

Apakah itu "ruptured thoracic aneurysm"?

Ruptured = pecah, thoracic = dada. Aneurysm = satu bahagian dinding pembuluh darah yang mengembang sebab ia lemah dan nipis. Bahagian dinding yang lemah ini tidak tahan dengan tekanan darah dan kembang membelon apabila ditolak oleh darah. Makin kembang, makan nipis jadinya. Jika tidak dikesan dan dibaiki, ia akan kian membesar dan menipis sehingga satu hari, ia pecah.

Aneurysm boleh terbentuk di pembuluh darah di dalam otak, dada atau abdomen. Gambar menunjukkan aneurysm yang terbentuk di salur darah utama yang keluar dari jantung.

Apakah faktor yang menyebabkan aneurysm meletup? Pendek cerita ialah tekanan darah yang tinggi.

Apakah faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi? Lifestyle yang tidak sihat, banyak makan garam dan jajan, merokok, tidak bersenam, pembentukan plak di dalam salur darah yang menyebabkan salur darah jadi sempit, keradangan tinggi yang menyebabkan salur darah bengkak, atau darah be.ku yang menghalang pengaliran darah dan menyebabkan tekanan naik di lokasi aneurysm,

Di dalam autopsi gadis ini tidak dinyatakan dia ada darah be.ku. Adakah dia ada darah tinggi sebelum ini? Tak tau. Adakah aneurysm boleh meletup tanpa darah tinggi? Boleh, tapi biasanya ia tidak berlaku pada umur muda sebab salur darah akan mengambil masa yang lama untuk rosak sampai ia pecah sendiri. Kebanyakan orang yang mengalami masalah ini 
hidup berpuluh tahun tanpa berasa apa-apa dan tak tahu mereka ada masalah ini.

Jenis-jenis aneurysm

Apabila aneurysm menjadi sangat besar, ia akan menghimpit benda di tepinya dan tuan badan akan berasa sakit perut, sakit dada atau sakit kepala, dan pergi mendapatkan rawatan. Disebabkan usia pesakit ini muda, doktor mungkin tidak sangka dia ada masalah serius dan tidak melakukan apa-apa scan, cuma bagi dia ubat gastrik. Ibu mangsa kata ubat ini tidak berkesan.

Apakah yang menyebabkan tekanan darah naik selepas mengambil benda itu? Spiike protein. Di dinding salur darah kita ada banyak sel ACE-dua. Spiike protein melekat pada sel-sel ini dan menyebabkan keradangan. Keradangan menyebabkan salur darah bengkak dan menjadi sempit. Macam paip getah, apa terjadi kalau kita tekan paip itu? Air memancut lebih jauh. Kenapa? Apabila hos jadi sempit dan kuantiti air yang perlu lalu tetap sama, tekanan di dalam paip akan naik. Apa jadi kalau paip itu ada satu lubang kecil yang bocor? Lubang itu akan menjadi lebih besar dan air memancut keluar dari sana.

Sama juga salur darah. Apabila salur darah bengkak, ia menjadi sempit dan tekanan darah naik. Kalau ada satu bahagian dinding salur darah yang lemah, tekanan darah yang tinggi akan menolak bahagian itu dan menyebabkan ia kembang macam belon. Apabila dindingnya menjadi terlalu nipis, ia akan meletup.

Aneurysm pecah